Kempen pungutan suara kemerdekaan Scotland semakin sengit
Agensi
September 17, 2014 22:47 MYT
September 17, 2014 22:47 MYT
Menjelang pungutan suara Scotland esok, kedua-dua belah pihak, kumpulan penyokong "ya" dan "tidak" untuk kemerdekaan Scotland kini berhempas pulas berkempen pada hari terakhir sebelum pengundi keluar membuat keputusan mereka.
Tinjauan pendapat pra-pungutan suara mendedahkan, keputusannya adalah sengit dan sukar untuk diramalkan.
Hasil tinjauan oleh agensi "survation" misalnya mendapati 48 peratus mengundi "tidak" untuk kemerdekaan Scotland. Manakala, 44 peratus responden memilih "ya" dengan baki 8 peratus mengakui tidak tahu untuk membuat keputusan.
Begitu juga tinjauan pendapat "opinion" disiarkan dalam Telegraph mendedahkan bahawa, mereka yang memilih "tidak" lebih tinggi berbanding "ya".
Seramai 4.2 juta penduduk Scotland akan mengundi dalam pungutan suara esok.
Ia dijangka mengakhiri kesatuan yang diwujudkan sejak 1707.