Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Bernama
Julai 2, 2024 07:20 MYT
Julai 2, 2024 07:20 MYT
WASHINGTON: Kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah mencatat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama yang menimbulkan kebimbangan meluas mengenai kemampuan kognitif Biden, lapor Sputnik, memetik The Washington Post pada Selasa.
Pegawai kempen berkata, pada hari debat dan hari berikutnya, kempen pemilihan semula Biden mencapai rekod kutipan dana tertinggi dan kedua tertinggi, masing-masing, daripada sumber akar umbi seperti sumbangan dalam talian dan melalui pos.
Mereka juga berkata, hampir separuh daripada sumbangan akar umbi selepas debat datang daripada penyumbang kali pertama.
Pada masa yang sama, prestasi buruk Biden semasa debat pertamanya bagi perlumbaan 2024 dengan calon utama Republikan, Donald Trump, dilaporkan telah menyebabkan ahli politik Demokrat, penderma, dan penyokong lain meragui kesesuaiannya untuk menjadi calon presiden Demokrat.
- BERNAMA