Kemerosotan mental Joe Biden menjadi topik utama kempen politik
Pia Ernadya
Februari 11, 2024 04:00 MYT
Februari 11, 2024 04:00 MYT
WASHINGTON : Topik perihal kecerdasan mental dan usia calon Presiden Amerika Syarikat (AS) menjadi antara tumpuan utama kempen pada hujung minggu lalu.
Ia berikutan susulan terdapat laporan yang mendakwa Presiden Joe Biden dihambat dakwaan keupayaan memori semakin merosot.
Sebagai maklum balas untuk menafikan dakwaan itu, White House turut melancarkan serangan yang sama terhadap pencabar Biden, Donald Trump dengan mengunakan sentimen umur dan kecerdasan Trump di mana beliau baru-baru ini keliru menyebut nama dan membuat kesilapan lisan yang lain.
Biden, 81 dan Trump, 77 merupakan antara figura politik tertua yang dipilih untuk menjadi Presiden AS dalam pilihan raya.
Sejak kebelakangan ini, Biden kelihatan sering keliru menyebut nama beberapa pemimpin dunia.
Isu keupayaan Biden itu menjadi perhatian orang ramai lagi sekali apabila Penasihat Khas, Robert Hur iaitu bekas peguam negara di Maryland ketika pentadbiran Trump mengatakan beliau memilih untuk tidak mendakwa Biden atas tuduhan jenayah semasa penyiasatan selama 15 bulan tentang pengendalian dokumen kerana Biden memberi bekerjasama.
Hur juga menggambarkan Biden sebagai seorang ‘lelaki tua yang baik tetapi mempunyai ingatan yang buruk” apabila Biden tidak berjaya untuk mengingat peristiwa kematian anak lelakinya, Beau Biden semasa penyiasatan berjalan.
Biden menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Hur dan berkata yang ingatannya masih dalam keadaan baik.
Kesilapan lisan itu termasuklah apabila Biden kelihatan keliru antara bekas Canselor Jerman, Angela Merkel dan Helmut Kohl apabila Presiden AS itu secara langsung berkata, yang beliau berjumpa dengan Kohl di pertemuan G7 pada tahun 2021, empat tahun selepas kematian Kohl.
Biden juga turut keliru antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan Francois Mitterrand, iaitu bekas Presiden Perancis yang telah pun meninggal dunia pada tahun 1996.
Bukan itu sahaja, Biden turut mengelar pemimpin Mesir Abdel Fattah el-Sisi sebagai “Presiden Mexico.”