Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia - IRIS Institute
Irfan Faruqi
November 7, 2024 07:45 MYT
November 7, 2024 07:45 MYT
KUALA LUMPUR: Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin.
Ringkasan AI
- Kemenangan Trump dijangka memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam misinya di Palestin dengan sokongan kuat dari Amerika Syarikat.
- Trump sebagai presiden bagi penggal kedua dijangka merumitkan konflik global, termasuk di Laut China Selatan, dengan dasar luar yang lebih agresif.
- Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China mungkin akan menjadi lebih parah di bawah pentadbiran Trump, memerlukan perhatian rapat terhadap dasar yang akan dilaksanakan.
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute Asyraf Farique berkata, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan.
“Secara politiknya, kemenangan Trump ini akan menyaksikan kedudukan Netanyahu akan semakin kukuh.
“Netanyahu juga akan mendapat lebih banyak sokongan daripada Amerika Syarikat, kerana kita maklum bahawa di belakang Trump ialah evangelis Kristian yang sangat menyokong projek Israel Raya.
“Trump akan lebih agresif dengan dasar berkaitan Asia Barat. Bukan itu sahaja yang kita bimbangkan, kerana dasar Trump ini juga dikhuatiri akan berjangkit dengan situasi di rantau kita, terutamanya di Laut Cina Selatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Tambah Asyraf, perang dagang antara Amerika Syarikat dan China juga mungkin akan memberikan kesan lebih parah di bawah pentadbiran Trump.
Oleh itu, katanya, dasar yang akan dilaksanakan oleh pentadbiran Trump perlu diperhatikan secara rapat.
Trump menewaskan pencabarnya Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden 2024 dan dijangka memulakan pentadbiran penggal keduanya pada Januari 2025 selepas mengangkat sumpah jawatan.
Dialog Tiga Penjuru: Trump 2.0, Apa Nasib Gaza?