Kemboja catat kes pertama koronavirus
Agensi
Januari 27, 2020 23:20 MYT
Januari 27, 2020 23:20 MYT
Kemboja mengesahkan kes pertama novel koronavirus di negara itu pada Isnin, lapor Reuters.
Menurut Menteri Kesihatannya, Mam Bunheng, ia membabitkan seorang warganegara China yang datang bersama keluarganya dari Wuhan, untuk bercuti di lokasi pelancongan, Sihanoukville.
Bagaimanapun identiti mangsa belum didedahkan ketika ini.
Ia menjadikan Kemboja negara ke-16 mencatatkan kes positif novel koronavirus setakat ini.
Sementara itu, Mam Bunheng menguingatkan rakyat Kemboja supaya berjaga-jaga, memandangkan Kemboja mempunyai ramai golongan pekerja dan pelabur warga China.
"Mereka yang baru kembali dari Wuhan, di wilayah Hubei perlulah sentiasa menjalankan pemeriksaan kesihatan. Jika ada menunjukkan tanda-tanda seperti demam, batuk, selesema... segera dapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan awam," ujarnya.
Sehingga kini, lebih 2,700 mangsa dijangkiti wabak yang berpunca dari wilayah Wuhan itu serta mengorbankan 81 mangsa di China.