Kembali ke normal: Sasaran utama Menteri Kesihatan baharu Britain
Astro Awani
Jun 28, 2021 08:52 MYT
Jun 28, 2021 08:52 MYT
MENTERI Kesihatan Britain yang baharu, Sajid Javid berkata, keutamaan beliau adalah untuk mengembalikan keadaan kepada kembali normal susulan penularan pandemik COVID-19.
Pada masa sama, beliau memuji pendahulunya Matt Hancock yang meletak jawatan minggu lalu selepas melanggar sekatan peraturan COVID-19.
"Kita masih dalam keadaan pandemik, dan saya mahu ia berakhir secepat mungkin. Ia akan jadi keutamaan saya yang paling atas, iaitu untuk melihat keadaan kembali normal secepat mungkin," katanya kepada BBC News pada Ahad.
Javid yang juga bekas menteri kewangan memulakan peranan baharunya dengan menggariskan beberapa tugas.
Antaranya, menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat, amaran dikeluarkan hospital tentang banyak kes pesakit tertangguh yang memerlukan rawatan dan kakitangan perubatan yang semakin mengalami tekanan.
Javid turut berterima kasih kepada petugas kesihatan yang bekerja sepanjang hari dan program vaksinasi yang pantas, sekali gus membuat kemajuan besar dalam pertempuran melawan virus itu.
#London
#Britain
#COVID-19
#pandemik
#program vaksinasi
#petugas kesihatan
#Menteri Kesihatan
#Sajid Javid