Kematian Navalny tragedi bagi Rusia - Hillary Clinton

Agensi
Februari 17, 2024 08:00 MYT
Hillary Clinton (kanan) diwawancara oleh Christiane Amanpour dari CNN di luar Persidangan Keselamatan Munich pada Jumaat.
MUNICH: Kematian Alexei Navalny menghantar mesej yang kuat kepada segelintir pihak di Amerika Syarikat (AS) yang berpendapat mereka boleh "membuat perjanjian" dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, kata bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton kepada CNN.
Clinton menyifatkan kematian tokoh pembangkang Rusia itu sebagai ‘tragis’ dalam wawancara dengan Christiane Amanpour dari CNN di luar Persidangan Keselamatan Munich pada Jumaat.
"Ia adalah satu tragedi bagi Rusia, seseorang yang sanggup berdiri dan bersuara dan benar-benar mewakili masa depan yang berbeza untuk Rusia seharusnya dibunuh," kata Clinton.
Bekas Setiausaha Negara AS itu berkata, kematian Navalny menghantar mesej kepada "orang di Eropah dan di AS" yang "berfikir bahawa anda boleh membuat perjanjian dengan Putin."
"Seorang diktator, sebagaimana (Putin) hanya berniat untuk mendominasi - dan jika itu bermakna membunuh pembangkang anda, seperti yang dia lakukan dengan begitu ramai orang selama bertahun-tahun, atau menyerang jiran yang aman dan cuba mengubah sesuatu mengikut kehendaknya, demikian apa yang akan dilakukannya," tambahnya lagi. - CNN
#Alexei Navalny #kematian Alexei Navalny #Ketua Pembangkang Rusia #Hillary Clinton
;