Kematian Maradona: Polis serbu pejabat dan rumah pakar psikiatri
Astro Awani
Disember 1, 2020 06:36 MYT
Disember 1, 2020 06:36 MYT
BUENOS AIRES: Siasatan terhadap kes kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona diteruskan pada Selasa.
Terbaharu, polis melakukan serbuan ke atas pejabat dan rumah pakar psikiatri yang merawat bintang bola sepak dunia itu.
Siasatan menjurus kepada kemungkinan berlaku kecuaian perubatan kepada pesakit.
Serbuan dilakukan di apartmen Agustina Cosachov di Buenos Aires, lokasi konsultasi rawatan ke atas Maradona.
Sementara, sekumpulan polis lagi menyerbu rumah persendiriannya.
Cosachov merupakan sebahagian daripada pasukan perubatan yang merawat Maradona selepas bintang bola sepak itu menjalani pembedahan akibat darah beku di otak pada awal November.
Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires pada 25 November.
#Diego Maradona
#legenda bola sepak
#Argentina
#pakar psikiatri
#Bintang bola sepak
#Agustina Cosachov
#Buenos Aires
#darah beku