Kematian keenam akibat selsema burung di China

AFP
April 5, 2013 17:57 MYT
Mangsa keenam dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan selesema burung H7N9 di China, melalui media negeri pada Jumaat lalu, selepas pihak berkuasa menghapuskan ayam dan itik di pasar Shanghai di mana virus dikesan.
Mangsa terbaru Seorang petani berumur 64 tahun meninggal di Huzhou, di wilayah Zhejiang terletak di timur China, menurut agensi berita rasmi Xinhua.
Mangsa merupakan seorang daripada 14 yang dijangkiti virus H7N9 dan merupakan mangsa kedua dari Zhejiang yang meninggal akibat tanda-tanda tersebut, dengan empat kematian dicatatkan Shanghai.
Pihak berkuasa di Shanghai juga kini memantau mereka yang pernah berdekatan dengan mangsa yang meninggal.
Dua kematian pertama berlaku pada bulan Februari tetapi tidak dilaporkan oleh pihak berkuasa sehingga lewat bulan Mac.
Pegawai berkata penangguhan pengumuman keputusan adalah kerana ianya mengambil masa yang lama untuk menentukan punca sakit tersebut.
Pakar juga bimbang jika virus akan terus tersebar bukan sahaja di Shanghai, tetapi juga wilayah-wilayah berdekatan seperti Zhejiang, Jiangsu dan Anhui.
#China #H7N9 #Influenza #wabak selsema #WHO
;