Kematian George Floyd: Bekas anggota polis dikenakan ikat jamin AS$1 juta

Astro Awani
Jun 9, 2020 08:13 MYT
Mahkamah menetapkan ikat jamin AS$1 juta ke atas Chauvin (gambar) yang dituduh membunuh George Floyd. -Gambar fail
Mahkamah Hennepin, Minnesota menetapkan ikat jamin AS$1 juta untuk bekas anggota Polis Minneapolis yang dituduh membunuh George Floyd.
Peguam bela Chauvin tidak membantah nilai ikat jamin tersebut.
Derek Chauvin hadir di mahkamah dengan memakai topeng muka.
Tiada pengakuan direkodkan.
Dalam masa yang sama, peguam bela untuk dua daripada tiga tertuduh lain menyatakan antara pembelaan mereka ialah anak guamnya cuba untuk hentikan tindakan Chauvin secara lisan.
Namun mereka tiada kuasa kerana Chauvin ialah pegawai polis paling kanan di lokasi kejadian.
#AS 1 juta #bekas anggota polis Minneapolis #Derek Chauvin #George Floyd #ikat jamin #mahkamah #pegawai polis paling kanan
;