Kematian gajah di Thailand: Tiga bangkai dikutip dan ditanam

Bernama
Oktober 14, 2019 05:30 MYT
Dalam kejadian pada 5 Okt lalu, 11 ekor gajah mati setelah jatuh tergelincir ke dalam Air Terjun Haew Narok sementara dua ekor (gambar) berjaya diselamatkan renjer hutan. (Foto AP)
Pihak berkuasa Thai berjaya mengutip bangkai tiga daripada 11 gajah liar yang mati akibat jatuh tergelincir ke dalam Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai di bahagian tengah Thailand.
Satu upacara sederhana diadakan sebelum gajah itu ditanam. Sebelum itu bangkai itu telah disteril.
Ketua operasi Wichai Pornleesaengsuwan dalam satu kenyataan berkata hujan lebat dan lereng bukit yang sukar menggendala operasi mengutip bangkai gajah itu.
Wichai, yang juga pengarah Pejabat Kawasan Perlindungan Prachinburi berkata, "Langkah-langkah akan diambil bagi mengelakkan gajah itu daripada terjatuh lagi ke dalam air terjun pada masa depan," katanya.
BACA: Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah
BACA: Sedihnya... enam gajah ini mati akibat terjatuh ke kaki air terjun
Pada 5 Okt, 11 ekor gajah termasuk anak haiwan itu berumur tiga tahun mati setelah jatuh tergelincir ke dalam air terjun tersebut.
Dalam kejadian itu renjer hutan berjaya menyelamatkan dua gajah liar itu - seekor ibu dan seekor anak yang masih kecil.
-- BERNAMA
#Air Terjun Haew Narok #bangkai #gajah liar #gajah mati #hidupan liar #hujan lebat #jatuh #kawasan perlindungan #lereng bukit #Prachinburi #renjer hutan #Taman Negara Khao Yai #tergelincir #Thailand #Wichai Pornleesaengsuwan
;