Kematian berpunca kegagalan buah pinggang
Astro Awani
Januari 5, 2014 17:19 MYT
Januari 5, 2014 17:19 MYT
Pemimpin kumpulan rangkaian Al-Qaeda yang ditahan di Lubnan bulan lalu disahkan meninggal dunia.
Dalam satu kenyataan ringkas tentera Lubnan mengesahkan Majid Al-Majid meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital tentera pusat
Al-majid dikatakan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang yang serius.
Warga Arab Saudi ini ditahan bulan lalu dan diletakkan di satu lokasi rahsia.
Al-Majid didakwa sebagai Komander Briged Abdullah Azzam, kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Dia juga tersenarai dalam kelompok 85 individu paling dikehendaki di Arab Saudi.
Briged Abdullah Azzam didakwa bertanggungjawab melancarkan serangan berkembar di luar kedutaan Iran di Beirut November lalu.
Serangan berkenaan meragut sekurang kurangnya 23 nyawa selain mencederakan puluhan yang lain.