Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari

Bernama
Jun 25, 2021 11:40 MYT
Upacara pengebumiannya akan dilakukan pada Sabtu di Manila Memorial Park. - Foto REUTERS
MANILA: Filipina akan berkabung selama 10 hari bermula 24 Jun, berikutan kematian bekas Presiden Benigno "Noynoy" Aquino III.
Jurucakap presiden Harry Roque dalam satu kenyataan pada Khamis malam berkata sepanjang tempoh itu bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.
Upacara pengebumiannya akan dilakukan pada Sabtu di Manila Memorial Park.
Bekas presiden itu disahkan meninggal dunia pada 6.30 pagi Khamis akibat komplikasi diabetes.
BACA: Bekas Presiden Filipina Benigno Aquino dilapor meninggal dunia
Beliau menjadi presiden ke-15 Filipina dari 2010 hingga 2016.
-- BERNAMA
#Benigno Noynoy Aquino III #Filipina #berkabung #kematian
;