Kematian BB King disiasat sebagai kes bunuh

AFP
Mei 26, 2015 12:08 MYT
Kematian legenda Blues B.B. King akan disiasat sebagai satu pembunuhan, kata Pejabat Koroner Nevada, hari ini.
Kematian legenda Blues BB King akan disiasat sebagai kes bunuh, kata Pejabat Koroner Nevada, hari ini.
King yang berusia 89 tahun meninggal dunia pada 14 Mei lalu di Las Vegas.
Dua anak perempuan beliau menyatakan kebimbangan bahawa kematian ayahnya mungkin ada kaitan dengan unsur jenayah, lapor media Las Vegas.
Menurut satu kenyataan Pejabat Koroner Nevada yang ditulis oleh Clark County melalui akaun Twitter, mereka akan memastikan keadilan terhadap kematian BB King, malah proses bedah siasat sedang dijalankan dan hasil siasatan akan dikeluarkan dalam tempoh 6 hingga 8 minggu.
Memandangkan proses bedah siasat akan mengambil masa, pengebumian BB King di Memphis akan ditangguhkan, lapor media tempatan.
#B.B King #homisid #koroner #Nevada
;