Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Fareez Azman
Oktober 22, 2023 21:37 MYT
Oktober 22, 2023 21:37 MYT
KUALA LUMPUR: Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau yang melanda pulau itu.
Arahan darurat itu dikeluarkan oleh Pemangku Gabenor Bali, SM Mahendra Jaya pada Khamis lalu.
Menurutnya, arahan itu turut melibatkan seluruh wilayah di Bali, Denpasar, dan Bandung berkuat kuasa sehingga 1 November depan dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan sekiranya perlu.
Sementara itu, Kedua Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-Bali), Made Rentin pula berkata, pengisytiharan darurat itu memudahkan akses sumber manusia, peralatan, dan logistik untuk mengurangkan kesan bencana.
"BPBD akan mempunyai akses kepada semua sumber yang kami perlukan untuk menangani kemarau dan kebakaran," kata Made kepada media tempatan.
Bali menyaksikan kemarau yang berpanjangan dan memberi kesan kepada 113 kampung tradisional yang bergantung kepada ekonomi pelancongan.
Untuk rekod, pulau itu tidak menerima hujan selama 94 hari dan menyebabkan tujuh kebakaran hutan gambut di laporkan di beberapa kawasan.
Pihak berkuasa tempatan bertungkus lumus memadam kebakaran termasuk di dua tapak perlupusan sampah yang turut terbakar.
Kerajaan Indonesia mengerakkan lebih banyak pesawat bagi membantu memadam kebakaran di samping operasi pembenihan awan di sekitar pulau itu.
Ends.