Kemangkatan Ratu Elizabeth II ubah sifat Kanye West
Agensi
September 12, 2022 16:40 MYT
September 12, 2022 16:40 MYT
LOS ANGELES: Berita kemangkatan Ratu Elizabeth II ternyata memberi kesan mendalam kepada penduduk di seluruh dunia.
Memetik laporan Mail Online, kemangkatan baginda turut memberi impak kepada penyanyi rap, Kanye West (kini dikenali sebagai Ye) yang mengaku mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Menerusi laman Instagram, penyanyi berusia 45 tahun itu menulis sedia untuk melupakan dendam lama.
Dalam pada itu, Ye memuat naik gambar mendiang Ratu Elizabeth II dengan kapsyen: "Lepaskan semua dendam."
Kanye yang pernah bertanding sebagai calon bebas di Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 ini turut menulis ‘kehidupan amat berharga’.
Dalam hantaran berbeza, Kanye turut mengucapkan ucapan selamat kepada beberapa rakan selebriti yang pernah ‘ditegurnya’.
'Semoga selamat dan sentiasa diberkati buat Pete [Davidson] [Kid] Cudi Daniel Cheery [sic],'
Sementara itu, Ye tidak menulis nama bekas isterinya, Kim Kardashian meskipun sering bertelingkah sebelum pasangan ini bercerai pada Mac lalu.
Pelantun The Heartless ini sering menimbulkan kontroversi ini dilaporkan mengalami gangguan bipolar yang membuatkan perubahan mood ketara.
Namun begitu, hantaran yang dimuat naik pada Jumaat lalu ini kemudian dipadamkan. - Agensi.