Kemalangan maut Ecuador: Bas bawa setengah tan marijuana
Astro Awani
Ogos 17, 2018 06:36 MYT
Ogos 17, 2018 06:36 MYT
Polis Ecuador mengesahkan, bas yang terbabit dalam kemalangan maut yang meragut 24 nyawa pada Selasa lalu, dikesan membawa setengah tan marijuana.
Pengumuman mengejut itu dibuat selepas pihak berkuasa Ecuador membuat pemeriksaan rapi ke atas bas berkenaan.
Siasatan polis menjumpai marijuana berkenaan yang disembunyikan di ruang khas di bas itu.
Ketika kemalangan itu, bas yang didaftar di Colombia itu sedang menuju ke Quito sebelum ia merempuh sebuah kenderaan lain.
Kemalangan itu turut menyebabkan 19 yang lain cedera.
Ini merupakan rampasan marijuana keempat yang dibuat oleh polis Ecuador di bas pelancong yang memasuki negara itu sepanjang tahun ini.