Kem pembangkang Armenia lancar demonstrasi

Astro Awani
Februari 19, 2013 07:31 MYT
Kem pembangkang melancarkan demonstrasi besar-besaran sebagai manifestasi membantah keputusan pilihan raya.
Kemenangan penyandang, Presiden Serge Sarkisian didakwa sarat dengan penipuan.
Seperti diramal, aktivis anti-kerajaan dan penyokong tegar pembangkang dimobilisasi turun ke jalan raya.
Mereka mendakwa proses demokrasi yang berlangsung tidak bersih dan adil.
Demonstrasi diketuai ketua pembangkang, Raffi Hovanessian.
“Pilihan raya semalam tidak menyatakan kehendak orang. Proses semalam telah dijalankan dengan pelanggaran. Proses semalam telah dijalankan dengan pelanggaran. Saya memberi mereka masa sehingga esok pukul 5 petang (1300 GMT) untuk memberi kita jawapan," kata beliau.
Bagi blok pemerintah, keputusan awal yang diumumkan sudah cukup untuk diraikan secara besar-besaran.
Penyandang, Serge Sarkisian mudah memperoleh 59 peratus undi untuk mempertahankan kerusi presiden untuk penggal kedua.
“Rakyat kami adalah sangat bertanggungjawab dan saya bangga dengan keputusan mereka telah dibuat,” kata Sarkisian.
Keupayaan meningkatkan tahap ekonomi negara yang perlahan pasca kejatuhan Soviet dilihat kekuatan Sarkisian menang pilihan raya.
#Armenia #pilihan raya
;