Kem pelarian Jabalia ditenggelami air

Astro Awani
Disember 14, 2023 08:20 MYT
Seorang lelaki mengharungi air banjir setinggi peha dengan mengusung jenazah kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih. - Foto X/Quds News Network
JABALIA : Kem pelarian Jabalia di timur laut Kota Gaza dilanda banjir selepas susulan hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan pantai.
Seorang pelarian Gaza, Anas Al-Sherif berkata, situasi di kem itu tidak dapat digambarkan dengan kem Jabalia telah ditenggelami air sepenuhnya.
Rakaman itu kemudian menunjukkan seorang lelaki mengharungi air banjir setinggi peha dengan mengusung jenazah kanak-kanak yang dibalut kain kafan putih.

People suffer amid the floods--resulting from heavy rainfall--as they evacuate a Palestinian girl who was murdered by an Israeli airstrike in Jabalia to a cemetery for burial. pic.twitter.com/BMr7mnnQm3

— Quds News Network (@QudsNen) December 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pegawai bantuan berkata kedatangan musim sejuk dan hujan di Gaza memburukkan keadaan apabila ratusan ribu keluarga terpaksa berteduh di dalam khemah sementara.
Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.
#banjir #kem pelarian Jabalia #hujan lebat #Gaza
;