Keluarga Mandela akhiri tempoh berkabung
Agensi
Jun 16, 2014 12:33 MYT
Jun 16, 2014 12:33 MYT
Keluarga pejuang anti aparteid, Nelson Mandela mengadakan satu upacara tradisional enam bulan selepas kematian bekas Presiden Afrika Selatan itu di kediaman keluarga di Qunu pada Ahad.
Menurut anak perempuan Mandela, Zindzi, upacara itu menandakan tamatnya tempoh berkabung. Selain menyembelih kambing, upacara itu juga menyaksikan pakaian hitam yang dipakai oleh isteri Mandela dibakar.
Bekas Presiden Afrika Selatan itu meninggal dunia pada 5 Disember tahun lalu selepas sakit agak lama. Usianya 95 tahun.
Selepas majlis peringatan negara yang dihadiri oleh pemimpin dunia, mayat mendiang dikebumikan di sisi kubur anak-anaknya di kampung halaman beliau di Qunu. -- AFP