Keluarga Islam dipukul dalam serangan berunsur perkauman
Sinar Harian
Mac 25, 2019 04:00 MYT
Mac 25, 2019 04:00 MYT
Sebuah keluarga Islam dipukul dalam serangan berunsur perkauman di kediaman mereka dalam kejadian kedua dalam tempoh seminggu di utara India.
"11 ahli keluarga termasuk beberapa wanita dan kanak-kanak berusia dua tahun cedera dalam pergaduhan besar di sebuah perkampungan di Gurugram di Haryana pada petang Khamis lalu," lapor media tempatan.
Pemilik rumah itu, Mohammad Sajid dilaporkan berpindah ke kampung itu bersama isteri dan enam anaknya sejak tiga tahun lalu.
Menurut anak saudara lelakinya, Dilshaad yang turut dipukul, dia sedang bermain kriket bersama sepupunya apabila disergah dua lelaki menaiki motosikal yang berkata, "Apa yang kamu buat di sini? Pergi ke Pakistan dan main di sana!"
Polis memberitahu kira-kira 25-30 orang menyerang keluarga tersebut dengan beberapa senjata termasuk kayu hoki, rod besi, batang paip dan baton.
Susulan itu, beberapa tangkapan telah dibuat.
Difahamkan, serangan tersebut dilancarkan kumpulan yang disokong gerakan berhaluan kanan.
Pada 18 Mac lalu, seorang lelaki dan anak lelakinya dipukul malah mereka turut dipaksa mencukur janggut masing-masing.
#gerakan berhaluan kanan
#Islam
#mencukur janggut
#Mohammad Sajid
#pelampau Hindu
#serangan berunsur perkauman
#utara India