Keluarga diraja Sepanyol lawat mangsa kebakaran Valencia
Agensi
Februari 27, 2024 10:30 MYT
Februari 27, 2024 10:30 MYT
VALENCIA: Keluarga diraja Sepanyol melawat mangsa-mangsa susulan insiden kebakaran besar Jumaat lepas di blok pangsapuri, bandar Valencia, yang membunuh 10 orang.
Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dan Permaisuri Letizia bersama Presiden Kerajaan Valencia, Carlos Mazon, bertemu dengan petugas pertama yang bertindak memberi bantuan kepada mangsa.
Pihak berkuasa memberitahu jumlah kematian meningkat kepada sekurang kurangnya 10 orang selepas kebakaran diburukkan dengan angin kencang, melanda kawasan elit El Campanar.
Polis memaklumkan, bilangan penduduk yang maut ialah sepuluh orang semasa mengenal pasti mayat dalam bangunan itu.
Polis turut mengesahkan mangsa ke-10 ditemui pada Sabtu.
Perkhidmatan kecemasan berkata, kebakaran bermula di tingkat empat salah sebuah menara pangsapuri.
Manakala hakim tempatan pula telah membuka siasatan untuk mencari punca sebenar insiden kebakaran itu. - Agensi