Keluarga Diraja British ucap selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry

Bernama
September 15, 2024 07:30 MYT
Putera Harry menyambut ulang tahun keputeraan ke-40 pada Ahad, 15 Sept. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Keluarga Diraja British mengucapkan selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Putera Harry, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mesej yang dikongsi di X, dahulunya dikenali sebagai Twitter, berbunyi ringkas: "Mengucapkan selamat hari ulang tahun keputeraan ke-40 kepada Duke of Sussex hari ini!"
Kiriman itu turut disertakan dengan gambar Putera Harry yang tersenyum serta emoji kek hari jadi.
Putera Harry menyambut hari ulang tahun keputeraannya pada Ahad bersama isteri, Meghan, dan cahaya mata mereka Putera Archie serta Puteri Lilibet.
Duke of Sussex itu dikatakan akan menghadiri perhimpunan bersama rakan-rakan rapatnya.

Wishing The Duke of Sussex a very happy 40th birthday today! pic.twitter.com/sAlSiV9EaZ

— The Royal Family (@RoyalFamily) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Putera Harry #ulang tahun keputeraan ke-40 #keluarga diraja british #Duke of Sussex
;