Kelainan upaya bukan alasan untuk tidak bermain bola sepak
Khairunnisa Kasnoon
Mac 22, 2021 04:02 MYT
Mac 22, 2021 04:02 MYT
SELEPAS setahun menangguhkan aktiviti akibat wabak COVID-19, pasukan bola sepak Palestin meneruskan perlawanan mereka di Gaza City.
Pada Khamis, sebuah pasukan merebut gelaran kemenangan dalam pertandingan terakhir kejuaraan yang menampilkan empat pasukan kelainan upaya.
Pasukan ini dibentuk pada 2019 oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Ia ditubuhkan selepas puluhan orang, termasuk pemuda dan kanak-kanak, kehilangan anggota badan akibat tembakan Israel semasa tunjuk perasaan besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza-Israel dan selama tiga perang yang dilakukan Israel di Gaza.
Salah seorang pemain, Mohammad Abu Samra, kehilangan kakinya akibat tembakan Israel.
Dia merupakan seorang pemain bola sepak sebelum kecederaan.
"Saya adalah pemain bola sebelum kecederaan," katanya.
Katanya pemain bola sepak kelaianan upaya ini tidak mempunyai kemudahan yang diperlukan.
Para pemain juga berjuang untuk mencari taman permainan yang sesuai untuk permainan mereka.
"Masalah yang kami hadapi adalah tidak ada kemudahan yang sesuai untuk kami berlatih," kata Jalal Skeik, ketua Persatuan Amali Palestin.
Bagaimanapun pasukan istimewa ini tetap berlatih dan bertanding, walaupun sumbernya terhad.
Beberapa pemain melihat sukan ini sebagai bentuk cabaran dan enggan untuk menyerah pada kecederaan mereka.