Kekejaman zionis Israel: "Ini salah kerajaan AS, Eropah!" - Tun M

Astro Awani
November 23, 2023 02:53 MYT
Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan kejam Israel sebagai pembersihan etnik sehingga menyebabkan pembunuhan beramai-ramai. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi lantang bersuara mempertahankan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Terbaharu menerusi perkongsiannya di platform X, beliau menegaskan, dunia ketika ini sedang menyaksikan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin oleh Israel.
"Ini peperangan. Kita tidak melihat tentera Palestin melawan penceroboh Israel.
"Apa yang ang kita lihat hanyalah tentera Israel, bersenjata lengkap, membunuh dan mencederakan rakyat Palestin yang tidak bersenjata.
"Kita lihat kanak-kanak dibunuh. Kita melihat bayi kekurangan oksigen dan meninggal dunia. Kita melihat hospital terpaksa berpindah. Malah bandar Gaza dihancurkan dan dengan jelas menyaksikan rakyat Palestin maut.

WORLD VIEW 1. The world is watching the mass murder of Palestinians by the Israelis. 2. It is not a war. We dont see Palestinian soldiers fighting the Israeli invaders. 3. All we see are Israeli soldiers, fully armed, killing and wounding unarmed Palestinians. We see children

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan kejam itu sebagai pembersihan etnik sehingga menyebabkan pembunuhan beramai-ramai.
"Begitupun dunia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah dengan jelas bersetuju dengan apa yang Israel lakukan.
"Orang Eropah dan Amerika adalah yang bersalah atas pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku kerana mereka jelas bersetuju.
"Ini adalah "new world order". Ini semua adalah susunan dunia menurut kerajaan Amerika dan Eropah.
"Saya ingin berdoa kepada Tuhan tolong untuk bantu kami. Namun, kerajaan (Amerika dan Eropah) tidak percaya kepada Tuhan. Mereka telah meninggalkan agama mereka sendiri," tulisnya.
#Amerika Syarikat #Israel #Mahathir Mohamad #Palestin