Kekanda Raja Saudi, Putera Turki, mangkat
Agensi
November 12, 2016 10:37 MYT
November 12, 2016 10:37 MYT
Putera Turki Abdul Aziz, 82, iaitu kekanda Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud telah dilaporkan mangkat pada Sabtu, lapoir AFP berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana kepada agensi berita SPA awal hari ini.
Putera Turki yang dilahirkan pada tahun 1934, berdasarkan biografi rasminya, merupakan anakanda kepada pengasas kerajaan tersebut iaitu Raja Abdul Aziz Saud.
Putera Turki merupakan salah seorang daripada tujuh 'Sudairi Bersaudara' yang berpengaruh, dinamakan sempena nama bonda mereka, Hassa Ahmed al-Sudairi.
Tujuh bersaudara itu termasuk Raja Fahd, Putera Sultan dan Putera Nayef yang semuanya sudah mangkat, selain Raja Salman.
Putera Turki yang pernah menyandang jawatan timbalan menteri pertahanan pada tahun 1968 hingga 1978, dilaporkan disemadikan pada lewat hari Sabtu.
Kenyataan istana memberitahu, Raja Salman akan berkabung selama tiga hari.