Kekal atau keluar EU? Warga Britain mengundi dalam pungutan suara

Astro Awani
Jun 23, 2016 09:25 MYT
Pusat pengundian dijangka dibuka bermula 7 pagi sehingga 10 malam waktu tempatan. -Gambar hiasan
Warga Britain akan mengundi dalam pungutan suara bagi menentukan kedudukan negara itu sama ada kekal dalam Kesatuan Eropah (EU) atau sebaliknya.
Pusat pengundian dijangka dibuka bermula 7 pagi sehingga 10 malam waktu tempatan.
Sejumlah 46 juta pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka.
Ini ialah pungutan suara ketiga dalam sejarah United Kingdom.
Ia dijalankan selepas kempen kekal atau keluar yang dilancarkan empat bulan lalu.
Selepas pusat pengundian ditutup, peti undi akan dibawa ke pusat kiraan bagi 382 kawasan pengundian yang terlibat.
Keputusan penuh dijangka akan diketahui pada Jumaat.
#Brexit #EU #kempen kekal atau keluar #Kesatuan Eropah #pungutan suara #pusat pengundian #warga Britain
;