Kejohanan dunia luncur air anjing California pupuk kesedaran

Agensi
Ogos 4, 2024 08:45 MYT
Puluhan anjing menyertai kejohanan dunia luncur air anjing di Pacifica, California pada Sabtu. - Facebook / World Dog Surfing Championships.
LOS ANGELES: Puluhan anjing menyertai kejohanan dunia luncur air anjing di Pacifica, California pada Sabtu.
Dalam kejohanan itu, kesemua penyertaan anjing dikategorikan mengikut saiz iaitu kecil, sederhana, besar dan lebih besar.
"Jadi, ini Iza panggilan untuk anjing saya. Iza menyertai kejohanan luncur air dari Pleasanton, California. Ini merupakan tahun pertama Iza menyertai pertandingan luncur anjing.
"Ia suka berada di atas papan luncur di laut, jadi kami memutuskan untuk mendaftar," kata seorang pemilik anjing, David Fasoli menceritakan mengenai penyertaan anjingnya.
Dia berkata acara itu adalah untuk mewujudkan kesedaran dan mengumpul wang untuk anjing yang memerlukan.
"Ia agak menarik, ada jenis seperti pingat kecil, seperti Sukan Olimpik dan perkara-perkara seperti itu juga turut ada di sini. Terutama sekarang dengan Sukan Olimpik yang sedang berlangsung jadi itu agak menyeronokkan dan menarik," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pemilik anjing, Jason Twedt maklumkan anjingnya teruja dapat berada di lokasi kejohanan.
"Dia sukakannya. Saya rasa orang ramai di sini membuatkan dia teruja. Keluar dari air menggembirakannya. Duduk di atas papan dan persaingan di sini adalah hebat. Begitu ramai orang berada di sini dan mereka baik-baik belaka, jadi suasana cukup hebat," katanya.
Kejohanan luncur air anjing tahunan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap anjing yang memerlukan, mengumpul dana untuk organisasi amal dan menawarkan peluang adopsi anjing di lokasi.
#luncur air #kejohanan #anjing canines #California