Keji! Aksi rogol bayi 9 bulan dirakam
Sinar Harian
Oktober 12, 2018 18:07 MYT
Oktober 12, 2018 18:07 MYT
Dua sahabat baik berdepan pertuduhan rogol selepas seorang daripada mereka didakwa merakam perbuatan rakannya memperkosa bayi perempuan berusia sembilan bulan.
Isiah Dequan Hayes, 19, didakwa merogol bayi perempuan tersebut manakala rakannya, Daireus Jumara Ice, 22, pula didakwa merakam perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Kedua-dua tertuduh dari Memphis Tenn didakwa pada Selasa.
Perbuatan kedua-dua tertuduh terbongkar apabila ibu mangsa menjumpai video rakaman insiden tersebut pada 2016 dan mengenal pasti identiti mereka.
Hayes berdepan tuduhan rogol kanak-kanak yang serius sementara Ice didakwa bertanggungjawab secara kriminal atas tindakan rakannya semasa memperkosa bayi malang itu.
Kedua-duanya ditahan di Penjara Shelby County dan tidak dibenarkan ikat jamin. - Metro.co.uk
#9 bulan
#Daireus Jumara Ice
#Isiah Dequan Hayes
#Memphis Tenn
#rakam perlakuan rogol
#rakan karib
#rogol bayi
#video rakaman insiden