Kejam! Mata dikorek guna sudu oleh bapa, adik-beradik sendiri

Sinar Harian
Mei 16, 2018 07:37 MYT
Abdul Baqi, 22, dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya. -Foto Sinar Harian
Gara-gara mahu berkahwin dengan gadis pilihannya, seorang lelaki hilang penglihatannya selepas matanya dikorek keluar dengan menggunakan sudu oleh bapa dan adik beradik lelakinya.
Abdul Baqi, 22, dari perkampungan Nasirabad di wilayah Balochistan telah meminta keluarganya menghantar rombongan meminang teman wanitanya.
Tetapi, permintaan itu telah mencetuskan kemarahan bapanya berusia 79 tahun dan empat adik beradik lelakinya yang lain.
"Pada mulanya, bapa saya bersetuju. Namun, kira-kira tiga jam kemudian, saya dibawa masuk ke dalam bilik dan mereka mengorek keluar mata saya tanpa belas kasihan. Ibu saya turut dikurung kerana tidak mahu dia masuk campur dalam perkara itu.
"Mereka beri alasan mahu saya menjadi 'contoh' kepada pemuda lain di kampung kami," katanya yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Karachi.
Difahamkan, insiden mengerikan itu telah dilaporkan kepada polis dan bapa bersama dua adik beradiknya telah ditahan manakala selebihnya masih diburu pihak berkuasa. -Daily Mail
#Abdul Baqi #gadis pilihan #hilang penglihatan #korek mata dengan sudu #mata dikorek oleh bapa
;