Kejam! Ibu bapa kurung anak selama 15 tahun hingga mati kesejukan

Reuters
Disember 27, 2017 23:39 MYT
Polis Jepun pada Rabu menahan sepasang suami isteri yang dipercayai mengurung anak mereka bertahun-tahun di dalam sebuah bilik kecil hingga mati kesejukan.
Polis Jepun pada Rabu menahan sepasang suami isteri yang dipercayai mengurung anak mereka bertahun-tahun di dalam sebuah bilik kecil hingga mati kesejukan.
Pasangan itu didakwa berbuat demikian kerana percaya anak perempuan mereka yang berusia 33 tahun itu menghidap penyakit mental yang boleh membuatkan dia bertindak agresif.

Polis berkata mayat Airi Kakimoto dijumpai dalam keadaan kurus kering melampau selepas ibu bapanya melaporkan kematian pada Sabtu.

Menurut The Japan Times, ketika mayatnya dijumpai, berat Airi cuma 19kg.

Ibu bapa mangsa, Yasutaka Kakimoto, 55 tahun, dan Yukari Kakimoto, 53 tahun, mengaku hanya memberi anak mereka makan sehari sekali dan mengurungnya di dalam bilik berukuran 3 kaki persegi selama 15 tahun.

"Anak kami sakit mental sejak berusia 16 atau 17 tahun. Dia sering berlaku ganas, jadi kami kurung dia dalam bilik itu," kata polis yang memetik kenyataan daripada ibu bapa mangsa.

Menurut polis, ibu bapa mangsa memasang kamera dan pintu kebal pada bilik berkenaan, selain pagar setinggi 2 meter mengelilingi rumah mereka.

Airi ditemukan mati pada 18 Disember tetapi mereka hanya melaporkan kematiannya pada Sabtu lalu atas alasan “mahu bersama dengan anak mereka”.

Pasangan itu ditahan atas dakwaan membuang mayat secara salah sebelum disabitkan dengan pertuduhan yang lebih serius.

#Airi Kakimoto #anak mental #bilik kecil #Jepun #kurung anak #kurus kering #mati kesejukan #Yasutaka Kakimoto #Yukari Kakimoto
;