Kejam! Gadis 14 tahun mati dirogol, dihentak tukul sehingga gigi tercabut
Agensi
Disember 9, 2018 18:21 MYT
Disember 9, 2018 18:21 MYT
Seorang gadis dari Wolverhampton, United Kingdom ditemui bukan sahaja dirogol malah turut dihentak dengan tukul sekurang-kurangnya 21 kali sehingga giginya tercabut sebelum dibunuh.
Mayat Viktorija Sokolovam, 14, dijumpai pejalan kaki yang melalui taman West Park, di sini.
Polis menjumpai barangan peribadi dan gigi mangsa yang tercabut di bawah bangku taman tersebut.
Hasil bedah siasat mendapati Viktorija yang berasal dari Lithuania meninggal dunia akibat hentakan pada kepalanya.
Pakar mendapati hentakan kuat pada mulutnya menyebabkan tiga gigi mangsa tercabut manakala enam lagi sumbing.
Mangsa dilaporkan mengenali suspek di laman sosial dan sering berhubung sebelum bertindak keluar untuk menemuinya pada hari kejadian.
Menurut laporan portal Daily Mail, dua bulan sebelum itu, mangsa telah diberi amaran dan berjanji dengan ibu bapanya untuk tidak berhubung dengan orang tidak dikenali di laman sosial.
Susulan insiden pada 12 April itu, polis telah menahan suspek lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai merogol dan membunuh mangsa.
Ketika perbicaraan kes, suspek remaja itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
#bunuh
#mahkamah
#mangsa
#mati
#meninggal dunia
#polis
#rogol
#Viktorija Sokolovam
#West Park
#Wolverhampton