Kejam! Anak korek mata, kerat usus ibu dalam ritual puja syaitan
Agensi
Julai 18, 2018 06:31 MYT
Julai 18, 2018 06:31 MYT
Kejam dan tiada perikemanusiaan!
Itu kata-kata yang sesuai dilemparkan untuk tiga beradik di Peru ini yang membunuh ibu kandung sendiri dalam satu ritual yang kejam dan tidak masuk akal.
Hanya kerana percayakan ilham daripada mimpi, mata Teodora Quispe Ccayllahua, 75 tahun, dikorek dan usus warga tua itu dikerat-kerat anaknya sendiri.
Ketiga-tiga anak mangsa, Aurelia Quispe, 38 tahun, Percy Quispe, 41 tahun, dan Marcelina Suane, 46 tahun, ketika ditahan polis mengaku melakukan pembunuhan itu.
Mayat Teodora yang bermandi darah itu dijumpai polis di dalam rumahnya di kawasan pergunungan Andabamba, utara Peru, lapor portal Daily Mail.
Menurut polis, ketiga-tiga adik-beradik itu berkonspirasi membunuh ibu mereka dalam ritual yang memerlukan seorang yang disayangi dikorbankan kepada syaitan.
Mereka kemudian membuang mayat mangsa ke dalam kolam berdekatan dan kemudian mandi dalam darah ibu mereka sendiri.
Anak bongsu mangsa yang dipercayai menjadi dalang dilapor berkata, "Kuasa jahat telah mengarah saya, raja syaitan sudah bersama kita, kami semakin ramai dan saban hari kami jadi lebih kuat."