Kehilangan anggota polis New South Wales terjawab, mayat ditemukan di Taman Negara

Agensi
September 4, 2022 15:48 MYT
Mayat seorang anggota polis New South Wales (NSW), Australia yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan di Taman Negara Diraja Sydney. - Gambar fail/nationalparks.nsw.gov.
NEW SOUTH WALES: Mayat seorang anggota polis New South Wales (NSW), Australia yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan di Taman Negara Diraja Sydney, pada Sabtu.
Lapor media tempatan, lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas membunuh diri.
Kehilangan anggota polis menimbulkan kebimbangan rakan sekerja apabila dia tidak menghadirkan diri pada Jumaat.
Susulan itu polis mengarahkan pencarian dan mayat lelaki itu ditemukan pada jam 10 malam (waktu tempatan).
Anggota polis yang maut itu sepatutnya mula bertugas untuk mengawal kawasan sekitar Bankstown.
Pihak berkuasa Sydney memberitahu tiada unsur mencurigakan dalam kes ini.
Detektif dari Jabatan Siasatan Jenayah telah menjalankan siasatan insiden terbabit dan akan menyediakan laporan untuk Mahkamah Koroner.
Sementara itu, khidmat sokongan turut disediakan untuk keluarga termasuk rakan sekerja.
#New South Wales #bunuh diri #Sydney #Mayat polis ditemui
;