Keganasan meletus di luar istana presiden Mesir
Astro Awani
Januari 13, 2013 11:21 MYT
Januari 13, 2013 11:21 MYT
Sekumpulan penyerang bertindak ganas dengan menyerang penunjuk perasaan di luar istana Presiden Mohamed Morsi di Kaherah, mengakibatkan 15 orang cedera.
Sembilan daripada mangsa cedera adalah anggota keselamatan.
Ketika kejadian, Morsi tidak berada dalam istana tersebut.
Penyerang seramai kira-kira 30 orang itu turut membaling bom petrol ke dalam khemah yang dipasang di luar istana tersebut.
Ini merupakan siri terbaru serangan keatas penunjuk perasaan anti Morsi di Mesir.
Mereka mula berkampung di situ sejak 4 Disember lalu.
Keganasan itu berlaku kira-kira dua minggu sebelum perhimpunan besar-besaran diadakan.
Ia sempena ulang tahun kedua kebangkitan rakyat hingga menyaksikan Hosni Mubarak digulingkan.