Keganasan kumpulan jenayah memuncak, 89 terbunuh di Haiti
Astro Awani
Julai 15, 2022 09:30 MYT
Julai 15, 2022 09:30 MYT
PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 89 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan anatara kumpulan jenayah sejak minggu lalu di ibu negara Haiti, Port-au-Prince.
Datuk Bandar Cité Soleil berkata dua pakatan jenayah, dikenali sebagai G9 dan P-Pèp, sedang berjuang untuk mengawal kawasan itu.
Keganasan kumpulan jenayah itu menyebabkan penduduk terpaksa berkurung di rumah dengan kekurangan bekalan makanan.
Keadaan tambah buruk dengan peningkatan harga bahan api akibat kekurangan bekalan petrol yang terpaksa dihentikan seketika.
Ini menyebabkan penunjuk perasaan turun ke jalan raya dan membakar tayar sebagai protes kenaikan kos bahan api itu.
Harga satu gelen petrol (4 liter) mencecah paras tertinggi 1,500 labu, atau kira-kira AS$13 di pasaran gelap.
Keganasan kumpulan telah meningkat sejak pembunuhan Presiden Jovenel Moïse oleh tentera upahan tahun lalu.