Penyerang berani mati meletupkan dirinya selepas merempuh sebuah majlis di Baghdad dengan kereta yang sarat dengan muatan bom.

Sekurang-kurangnya 65 penduduk dilaporkan terkorban.

Kejadian berlaku pada petang Sabtu di kawasan penempatan penduduk Syiah di bandar Al-Sadr.

Pihak polis melaporkan lebih daripada 70 cedera termasuk wanita dan kanak-kanak.

Letupan kuat menyebabkan kenderaan berhampiran terbakar dan asap tebal memenuhi ruang udara.

Serangan berkenaan hanya beberapa jam selepas kumpulan pelampau menggempur balai polis di Beiji sehingga meragut 7 nyawa anggota polis.

Sumber polis melaporkan 4 penyerang berani mati merempuh lokasi itu sebelum meletupkan diri.

Kedua-dua serangan berkenaan adalah pertumpahan darah terburuh sejak beberapa bulan lalu di Iraq yang mula menyaksikan korban hampir setiap hari.

Statistik terbaru menunjukkan lebih 4000 penduduk terbunuh sejak April dan daripada jumlah itu, 484 terkorban sepanjang September.