Kedutaan Malaysia di Seoul terbakar, tiada kemalangan jiwa
Agensi
Januari 28, 2022 15:42 MYT
Januari 28, 2022 15:42 MYT
SEOUL: Satu kebakaran dilapor berlaku di Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada Jumaat.
Bagaimanapun memetik laporan Yonhap, tiada individu mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Dalam kejadian pada 9.38 pagi waktu tempatan itu, kebakaran difahamkan bermula dari pemanas kipas di tingkat dua kedutaan.
Keadaan itu menyebabkan kira-kira 20 orang terpaksa berpindah.
Menurut pegawai penyiasat, api berjaya dipadamkan dalam masa 17 minit.
Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat punca bagaimana pemanas kipas tersebut menyebabkan kebakaran.