Kedutaan AS di Lubnan diserang, suspek cedera ditembak

Agensi
Jun 5, 2024 16:21 MYT
Kedutaan AS berkata insiden tembakan bersenjata ringan itu berlaku di sekitar pintu masuk kedutaan kira-kira pukul 8.34 pagi waktu tempatan -REUTERS
BEIRUT: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah Kedutaan Amerika Syarikat di Lubnan pada Rabu.
  • Penyerang tersebut, yang merupakan warga Syria, cedera dalam insiden berbalas tembakan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
  • Seorang anggota keselamatan kedutaan cedera dalam serangan berkenaan.

Memetik laporan Reuters, pihak tentera mendakwa penyerang warga Syria itu cedera dalam insiden berbalas tembakan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Kedutaan AS dalam pada itu berkata insiden tembakan itu berlaku sekitar pintu masuk kedutaan pada jam 8.34 pagi waktu tempatan.
Kedutaan tersebut menambah, fasiliti dan pasukannya berada dalam keadaan selamat.
Sementara itu, sumber keselamatan memberitahu Reuters bahawa seorang anggota keselamatan kedutaan cedera dalam serangan berkenaan dan tentera Lubnan sedang mengesan jika wujud penyerang lain.
Kedutaan AS terletak di utara Beirut dalam zon yang terjaga, dengan banyak pos pemeriksaan sepanjang laluan ke pintu masuk.
Ia berpindah dari Beirut selepas serangan bunuh diri pada tahun 1983 yang mengorbankan lebih 60 orang.
#serangan bersenjata #warga Syria #Kedutaan Amerika Syarikat #tentera Lubnan
;