BANGKOK: Bagi menyemarakkan semangat "Keluarga Malaysia" dan memeriahkan lagi perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 4 Nov, Kedutaan Malaysia di Bangkok pada Ahad mengedarkan kira-kira 100 set pek "Deepevali Delight" kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di bandar raya ini.
Pek "Deepevali Delight" itu mengandungi makanan seperti muruku, tart nanas, kekacang, kuih kapit dan kerepek ubi.
Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata ia merupakan inisiatif pihak kedutaan untuk menambah lagi keceriaan Deepavali walaupun sambutannya dalam skala kecil.
"Maklum balas yang diterima dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok agak positif bukan sahaja daripada masyarakat India Malaysia tetapi juga dari kaum lain.
"Mereka berterima kasih dan menghargai inisiatif kedutaan untuk memeriahkan perayaan Deepavali walaupun ia disambut dalam skala kecil," katanya kepada Bernama.
Terdahulu, Jojie menyerahkan pek "Deepavali Delight" kepada warga Malaysia di kedutaan pada Ahad.
Penuntut Malaysia yang menetap di Bangkok, Douglas Labadin teruja menerima pek berkenaan.
"Ia mengingatkan saya apabila semua orang berkumpul sambil menikmati makanan ringan dan manisan semasa menyambut Deepavali di rumah," kata pelajar Universiti Chulalongkorn berusia 26 tahun itu.
Sementara itu, seorang pekerja syarikat swasta, Amirul Ikhsan Burhannudin mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan kerana berkongsi pek "Deepavali Delight" dengan rakyat Malaysia yang tidak boleh pulang ke tanah air kerana sekatan perjalanan.
"Perjalanan balik ke tanah air agak rumit sekarang kerana COVID-19, jadi saya gembira kerana kami dapat menikmati snek Deepavali di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
![Kedutaan di Bangkok edar pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia Kedutaan di Bangkok edar pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635716966_DeepavaliDelight.jpg)
Kaunselor Kedutaan Malaysia di Bangkok Mimi Kaur Ramday (kiri) menyerahkan pek 'Deepavali Delight' kepada rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok, 31 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
![Kerajaan bantu hampir 2,000 rakyat Malaysia terkandas di Thailand pulang ke tanah air Kerajaan bantu hampir 2,000 rakyat Malaysia terkandas di Thailand pulang ke tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/41560262510_JojieSamuel.jpg)
Kerajaan bantu hampir 2,000 rakyat Malaysia terkandas di Thailand pulang ke tanah air
Hubungan rapat antara pemimpin kedua-dua negara telah memudahkan usaha kedutaan membantu mereka.