Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia kini mengaktifkan bilik operasi bagi membantu rakyat Malaysia yang berada di Pulau Lombok yang memerlukan bantuan konsular berikutan kejadian gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter petang tadi.
Rakyat Malaysia yang berada berada di Pulau Lombok diminta bertenang dengan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel mwjakarta@kln.gov.my / jkonsular@gmail.com," kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.
Gegaran gempa bumi kuat di Lombok Utara jam 6.46 petang tadi turut dirasai di sekitar Pulau Lombok, Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur.
Sementara itu, Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan ketika dihubungi berkata kedutaan sedang menyelaras tindakan dengan bekerjasama bersama polis Indonesia dan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) bagi mengenalpasti sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang terbabit akibat gempa itu.
Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, gempa itu berlaku di 27 km Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat.
"Penduduk dilaporkan bertempiaran lari keluar dari rumah dan bangunan, bekalan elektrik dilaporkan terputus di beberapa kawasan di pulau itu dan setakat jam 8 malam ini, sebanyak 14 kali gempa susulan direkodkan berlaku," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata hanya berlaku tsunami setinggi satu meter di beberapa kawasan di pulau itu dan amaran tsunami itu kini telah ditarik balik.
"Setakat ini belum terdapat maklumat lengkap berkenaan kerosakan dan kemalangan jiwa," katanya.
Pada Ahad lepas, gempa bumi 6.4 skala Richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pada 5.47 pagi menyebabkan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail, 30 tahun, terkorban.
Gempa pada Ahad lepas itu turut menyebabkan beratus mangsa cedera, manakala lebih 5,000 rumah dilaporkan musnah.
Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Luar berkata pihak kedutaan Malaysia juga sedang menghubungi warga Malaysia yang mendaftar sejak kejadian gempa bumi pada 29 Julai lalu.
"Ia bertujuan memastikan keberadaan dan keselamatan mereka," kata kenyataan itu.
Pihak kedutaan turut menggesa warga Malaysia yang berada di pulau Lombok supaya menghindari kawasan pesisir pantai sehingga arahan seterusnya oleh pihak berkuasa Indonesia.
"Setakat ini, pihak berkuasa tempatan masih menilai kerosakan yang berlaku serta keadaan penduduk di kawasan terjejas," kata kementerian itu.
Sementara itu, AirAsia,mengesahkan bahawa penerbangan masuk dan keluar dari Lombok dan Bali beroperasi seperti biasa susulan gempa bumi bermagnitud 7 pada skala Richter yang menggoncang Lombok hari ini.
"Kami akan terus memantau situasi hari ini dan memberi maklumat mengenai perkembangan terkini. Para penumpang dinasihatkan untuk melayari Airasia.com dan menyemak saluran media sosial AirAsia untuk mendapatkan maklumat terkini,"kata syarikat penerbangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 05 2018
![Kedutaan buka bilik operasi, rakyat Malaysia di Lombok diminta bertenang Kedutaan buka bilik operasi, rakyat Malaysia di Lombok diminta bertenang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41533480877_LOMBOK.jpg)
Rakyat Malaysia yang berada berada di Pulau Lombok diminta bertenang dengan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal 103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719525169_wargaasingbali.jpg)
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
![TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716268262_FadillahYusof.jpg)
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
![TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702363581_TBFADILLAHSHANGHAI.jpg)
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
![Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714469491_RizkyFebianjpg.jpg)
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
![Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705541086_TBBaliUSjpg.jpg)
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
![Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615465284_KebakaranHutan.jpg)
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
![Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689248654_TBpantaibali.jpg)
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) ).
![Bali keluar panduan etika untuk pelancong Bali keluar panduan etika untuk pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/61581043678_bali.jpg)
Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.
!['Content' dipertikai lagi, Nas Daily buat hal dengan Indonesia pula 'Content' dipertikai lagi, Nas Daily buat hal dengan Indonesia pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677129123_TBNasDaily.jpg)
'Content' dipertikai lagi, Nas Daily buat hal dengan Indonesia pula
Nas Daily menyiarkan video di Instagram yang memaparkan Bali dan penduduk berbangsa asing atau berkulit putih.
![Bali dilanda gempa bumi dengan magnitud 5.2 Bali dilanda gempa bumi dengan magnitud 5.2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670942482_IndonesiaBaliGempa.jpg)
Bali dilanda gempa bumi dengan magnitud 5.2
Gempa bumi sederhana dasar laut berukuran 5.2 magnitud melanda berhampiran Bali pada Selasa.