Kediaman Biden diberi perlindungan kalis peluru

Bernama
Mei 27, 2023 19:40 MYT
Biden berkata pekerja perkhidmatan rahsia sedang berusaha untuk memastikan kediamannya kalis peluru. - Gambar hiasan/ Reuters
Presiden AS Joe Biden berkata pekerja perkhidmatan rahsia sedang berusaha untuk memastikan kediamannya kalis peluru, lapor Sputnik.
"Perkhidmatan Rahsia sedang mengusahakan agar kediaman saya -- kalis peluru... Akan mengambil masa selama lima minggu . Jadi saya akan pergi ke Camp David kerana cucu perempuan saya tamat pengajian pada Ahad, dan ia paling dekat jadi saya boleh sampai ke sana pada majlis graduasinya," kata Biden kepada pemberita pada Jumaat.
Presiden juga berharap untuk mengetahui sama ada perjanjian telah dicapai dengan pemimpin Republikan di Kongres untuk menaikkan siling hutang AS dan bahawa beliau "optimis" mengenainya.
Terdahulu, Setiausaha Kewangan Amerika Syarikat Janet Yellen, menyatakan bahawa AS berisiko gagal melaksanakan tanggungjawab kewangan pada 5 Jun jika Biden dan ahli-ahli politik gagal mencapai persetujuan untuk meningkatkan had hutang negara.
--BERNAMA-SPUTNIK
#Joe Biden #White House #kalis peluru #Perkhidmatan Rahsia
;