Kediaman bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan, pejabat diserbu

Bernama
Mei 12, 2023 19:51 MYT
Pasukan penyiasat menyerbu kediaman dan pejabat bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young Moo pada Jumaat kerana disyaki salah guna kuasa. -Wikipedia
SEOUL: Pasukan penyiasat menyerbu kediaman dan pejabat bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young Moo pada Jumaat kerana disyaki salah guna kuasa.
Song, yang berkhidmat di bawah pentadbiran Moon Jae In, dituduh memaksa pegawai kanan kementerian menghasilkan dan mengesahkan dokumen yang menyangkal laporan media bahawa beliau pernah menyatakan bahawa rancangan undang-undang ketenteraan kontingensi kontroversi oleh kerajaan Park Geun Hye sebelum ini "adalah sah tidak mempunyai masalah."
Pelan undang-undang tentera telah dirangka sebelum Park dipecat pada 2017.
Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi menugaskan pasukan penyiasat menyerbu kediaman dan pejabat Song, salah seorang bekas pembantunya, bekas jurucakap kementerian dan kementerian pertahanan untuk merampas bukti.
Pegawai berkata mereka akan memanggil Song dan beberapa orang lagi untuk disoal siasat selepas menganalisis bukti yang diperoleh.
-- BERNAMA
#salah guna kuasa #kediaman pejabat diserbu #Song Young Moo #bekas Menteri Pertahanan Korea Selatan
;