Kecewa ditukar jabatan oleh May, Justine Greening letak jawatan

Agensi
Januari 8, 2018 06:35 MYT
Justine Greening letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan Britain selepas kecewa diberi tugas baharu dalam rombakan kabinet oleh Perdana Menteri Theresa May. - Gambar Reuters
Justine Greening letak jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan susulan rombakan kabinet Perdana Menteri, Theresa May.
Beliau diberi tawaran menjadi Setiausaha Pekerjaan dan Pencen tetapi menolak tawaran tersebut dan letak jawatan.
Menurut Mirror Online, sumber 'Number 10' berkata, May "kecewa" tetapi menghormati keputusan Greening.
May melakukan rombakan kabinet itu untuk mengukuhkan kuasanya sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun, peletakan jawatan Greening bakal menyebabkan ketidakstabilan dalam kabinet May.
Tawaran kepada Greening adalah yang paling mengecewakan dalam rombakan kabinet yang menyaksikan jawatan tinggi politik tidak disentuh sama sekali.
Selain Greening, Jeremy Hunt turut ditukar jabatan.
Bagaimanapun, Hunt dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Negara bagi Kesihataan dan Penjagaan Sosial.
Nama-nama besar dalam kabinet yang dikekalkan termasuk Canselor Philip Hammond, Setiausaha Luar Boris Johnson, Setiausaha Brexit David Davis, Setiausaha Dalam Negeri Amber Rudd, Setiausaha Perdagangan Liam Fox dan Setiausaha Alam Sekitar Michael Gove.
#Amber Rudd #Boris Johnson #Brexit #British #David Davis #Jeremy Hunt #Justine Greening #kabinet #letak jawatan #Liam Fox #Michael Gove #pendidikan #Perdana Menteri #Philip Hammond #politik #Theresa May
;