Kebakaran musnahkan ribuan kedai di Bangladesh

Bernama
April 4, 2023 18:08 MYT
Kebakaran dilapor berlaku di Pasar Bangabazar sekitar 6.15 pagi waktu tempatan yang merupakan pusat jualan pakaian terkemuka. - REUTERS
DHAKA: Kebakaran awal pagi Selasa telah memusnahkan beribu-ribu kedai di sebuah kompleks beli belah di Dhaka, Bangladesh.
Kebakaran dilapor berlaku di Pasar Bangabazar sekitar 6.15 pagi (1215GMT) waktu tempatan yang merupakan pusat jualan pakaian terkemuka, lapor Agensi Anadolu.
Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Beberapa peniaga yang ditemui berkata ribuan kedai musnah dijilat api, dan tiada yang tersisa menjelang sambutan Aidilfitri.
Kira-kira 48 unit pasukan Bomba dan Pertahanan Awam termasuk anggota tentera, polis, Batalion Tindakan Pantas (RAB), Cawangan Detektif (DB) dan tentera udara dikerah memadam kebakaran.
-- BERNAMA
#Pasar Bangabazar #Bangladesh #kebakaran #Dhaka
;