Kebakaran musnahkan bangunan Pejabat Pos Besar Manila
Bernama
Mei 22, 2023 20:26 MYT
Mei 22, 2023 20:26 MYT
MANILA: Kebakaran besar memusnahkan bangunan pejabat pos bersejarah di ibu negara Filipina, kata pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Seorang anggota bomba cedera dalam kebakaran yang bermula pada 11 malam (1500 GMT) Ahad di ruang bawah tanah bangunan Pejabat Pos Besar Manila, menurut Biro Perlindungan Kebakaran.
Kebakaran berjaya dipadamkan lapan jam kemudian pada 7:22 pagi Isnin, tambah biro itu.
Punca kebakaran belum diketahui, tetapi pegawai berkata banyak bahan kertas disimpan di ruangan bawah tanah selain beberapa struktur bangunan diperbuat daripada kayu.
Luis Carlos, ketua pos yang juga ketua pegawai eksekutif Perbadanan Pos Filipina (Philpost), berkata api merebak dengan cepat kerana bangunan ikonik itu tidak dilengkapi dengan sistem perenjis air.
Luis Carlos, postmaster general, and chief executive officer of the Philippine Postal Corporation (Philpost), said the blaze spread quickly as the iconic building was not equipped with sprinklers.
"Seluruh perpustakaan setem, termasuk koleksi setem peringatan dan antik negara, hangus," kata Carlos.
"Keseluruhan struktur bangunan penting kerana ia merupakan tapak warisan. Kami perlu mencari jurutera struktur untuk memeriksa integriti bangunan itu."
Bangunan Pejabat Pos Besar Manila yang dibina pada tahun 1926 rosak teruk semasa Perang Dunia II dan dibina semula pada tahun 1946.
Bahagian hadapan bangunan popular itu mempunyai 14 tiang besar berbaris di atas anak tangga yang menghala ke lobi. Setiap hujung bangunan segi empat tepat itu mempunyai dewan separuh bulatan.
-- BERNAMA