Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
Agensi
Januari 11, 2025 08:30 MYT
Januari 11, 2025 08:30 MYT
CALIFORNIA: Gabenor California, Gavin Newsom menjemput Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump untuk melawat negeri itu, sambil menggesa beliau agar tidak "mempolitikkan" kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles.
Dalam satu surat yang diterbitkan di platform X, Newsom meminta Trump untuk menyertainya meninjau kebakaran berkenaan dan "melihat kemusnahan secara langsung."
"Dalam semangat negara hebat ini, kita tidak harus mempolitikkan tragedi manusia atau menyebarkan maklumat palsu dari luar," tulis Newsom.
Surat tersebut turut menyatakan "ratusan ribu rakyat Amerika - yang kehilangan tempat tinggal dan bimbang mengenai masa depan - berhak melihat kita semua bekerja demi kepentingan terbaik mereka untuk memastikan pemulihan dan pembinaan semula yang pantas."
Trump, seorang Republikan, telah bersikap kritikal terhadap pengendalian kecemasan oleh Demokrat California. - Agensi