Kebakaran landa 200 kedai di Afganistan

Bernama
Jun 17, 2023 05:30 MYT
Jurucakap polis negeri berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku pada tengah malam Jumaat tetapi berjaya dikawal dalam tempoh beberapa jam. - Gambar hiasan
HERAT: Sebuah kebakaran dahsyat memusnahkan hampir 200 kedai di wilayah Herat, barat Afghanistan, menurut ketua kesatuan tempatan Abdul Wadood Faizzada, pada Sabtu.
"Kebakaran berlaku sekitar 3 pagi waktu tempatan di pasar Qasr-e-Herat di bandar Herat, memusnahkan 200 kedai yang menjual pelbagai barangan, terutamanya pakaian dan kosmetik, mengakibatkan kerugian berjumlah 100 juta Afghanis (sekitar US$1.16 juta)," kata Faizzada kepada Xinhua.
Abdul Latif Insaf, jurucakap polis negeri, berkata bahawa kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas yang berlaku pada tengah malam Jumaat tetapi berjaya dikawal dalam tempoh beberapa jam.
"Kebakaran itu tidak menyebabkan kematian atau sebarang kecederaan tetapi mengakibatkan kerugian besar kepada para peniaga tempatan," kata jurucakap itu.
--BERNAMA-XINHUA
#kebakaran #Afghanistan #200 kedai #pasar Qasr-e-Herat
;