Kebakaran hutan: PM Kanada adakan mesyuarat tergempar

Bernama
Ogos 18, 2023 03:23 MYT
Ruang udara di Yellowknife kelihatan dipenuhi asap susulan kejadian kebakaran hutan, 17 Ogos 2023. (Foto AP)
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis bagi membincangkan krisis kebakaran hutan di Wilayah Barat Laut negara itu, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Situasi ini telah menyebabkan pemindahan besar-besaran, termasuk di Yellowknife, yang mempunyai populasi lebih daripada 20,000 penduduk. Penduduk diarah meninggalkan kawasan terbabit menjelang tengahari Jumaat.
Kerajaan wilayah turut membantu proses pemindahan dengan memberi keutamaan kepada mereka yang tiada akses kepada kenderaan peribadi dan individu dengan masalah kesihatan.
Kerajaan wilayah mengisytiharkan darurat pada Selasa dan mengeluarkan perintah pemindahan pada Rabu. Media tempatan melaporkan bahawa kebakaran hutan dijangka merebak ke pinggir Yellowknife beberapa hari akan datang.
Menurut Pusat Kebakaran Hutan Antara Agensi Kanada, sehingga Khamis, terdapat kira-kira 1,000 kebakaran hutan yang aktif di Kanada, dengan 236 daripadanya berlaku di Wilayah Utara.
-- BERNAMA
#pemindahan besar-besaran #Kanada #kebakaran hutan #Justin Trudeau