Kebakaran hutan: Penduduk di Fraser Island diarah berpindah
Agensi
Disember 6, 2020 20:02 MYT
Disember 6, 2020 20:02 MYT
QUEENSLAND: Penduduk Happy Valley di Fraser Island di Queensland, Australia diarah meninggalkan kediaman mereka dengan segera susulan kebakaran hutan yang semakin memburuk pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa, pasukan bomba dan keselamatan sedang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran itu.
Ia selepas Jabatan Bomba dan Kecemasan Queensland (QFES) meningkatkan amaran kebakaran hutan ke tahap berbahaya pada petang Ahad.
Malah arahan pemindahan juga dikeluarkan terhadap penduduk di Kingfisher Bay Resort selepas berdepan situasi sama sejak minggu lalu.
Jurucakap QFES juga memaklumkan pihak bomba tidak dapat menyelamatkan banyak kediaman di kawasan terlibat.
Untuk rekod, angin kencang sehingga 30 kilometer sejam dijangka membadai daerah itu pada Ahad.
Kebakaran hutan yang berlaku dipercayai tercetus akibat aktiviti perkhemahan haram tujuh minggu lalu.
Setakat ini, lebih 80,000 hektar tanah terbakar akibat kejadian itu.
#Australia
#bomba
#kebakaran
#kebakaran hutan
#Fraser Island
#Queensland
#Jabatan Bomba dan Kecemasan Queensland